Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Friday, February 27, 2015

Jom Makan Best di Ipoh: Ikan Siakap Stim Limau yang sangat sedap di Restoran Caterbest

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….

Hari ni meh nak share skit story ‘makan besar’ we all sempena CNY baru ni…ewah! Feeling jadi orang Chinese skit walaupun kulit2 tak berapa nak ‘Chinese’ sangat kan..hahahha!

Takdelah..actually this dinner was like a month ago..hmm..camtulah rasanya. Saja bawak mak makan-makan..memang rutin pun sebulan sekali bawak mak makan besar cam gini. Selalunya time gajilah ya..harap maklum…hehehhe..rasanya kebanyakan dari kita pun memang gitu kan..Aku selalu percaya ada bahagian dari gaji kita wajib untuk kita kongsikan dengan yang tersayang dan juga yang memerlukan. Insya-Allah, rezeki kita akan cukup dan jiwa kita pun akan tenang. Eh, eh tiba-tiba ahkak telah menjadi pakar motivasi…ahaks!



Restoran Caterbest ni memang dah lama dah beroperasi dekat Ipoh ni, ada kot dekat 10 tahun. Aku tiap kali balik kerja, memang lalu-lalang dekat sini tapi belum pernah singgah makan pun. Tapi aku pernahlah jamah makanan dari restoran ni time one of my colleague kahwin dahulu. Memang sedap food dia. So why not, jom try. Sampaikan owner dia pun macam…dah 10 tahun kami di sini, tak pernah singgah..? Heheheh..

Ambience restoran berkonsepkan Chinese food ni usually lebih kurang sama sahaja. Décor bercirikan oriental sikit. Cuma aku agak suka décor Restoran Caterbest ni sebab simple, not too much dan yang penting ada air-cond…hahahha! Kan tengah musim panas sekarang ni.

Itu muka cebik tandanya adalah tu perbalahan antara keduanya..jap lg kalau xdipujuk pasti akan jadiklah drama sebabak...hahaha..kakak ni hatinya kecik, ko haipppp skit pun dah bercucuran airmata mengalir bagaikan kena cubit aje..kakak..kakak...

Kami datang ni dalam kul 6.30 p.m..so kiranya dinner actually. Mulanya memang nak lunch tapi kami sampai agak lambat, dalam kul 3p.m macam tu. Dia mula buka 11a.m sampai 3.00 p.m. Restoran ni dia tutup kejap dari jam 3.00 p.m sampai 6.00 p.m untuk chef-chefnya berehat dan prepare untuk dinner. Jadinya terus aku booked table untuk dinner jelah. Sementara tu ajak mak makan ringan-ringan dulu lapik perut.


 Kesayangan Opah ni..silalah marah kakak depan Opah..bukan setakat kakak menangis, Opah pun akan joint sekali..hehehe..tak leh katanya..kesian...biasalah kan Opah ngan Cucu...


Kakak telah memaksa ibu pakai baju kaler pink..baiklah anakku..maka jadinya itu saja t-shirt pink yang ibu ada..nak gosok satu2nya blouse pink ibu tu..ibu adalah dalam tahap gaban punya malas...

Tapi kami tetap comel dan peace...hehehhe...


Ok, so jom kita tengok apa yang dah berjaya ‘SELAMAT’ masuk ke dalam perut kami..hehehhe..


Bila makan kat tempat macam ni, haruslah cuba menu Ikan Siakap kan..kali ni kami pilih Ikan Siakap Stim Limau..hehehe..sebab aku memang sangatlah suka ikan siakap masak stim..huuhuhu…Alhamdulillah, ikan siakap ni memang sangat sedap u alls..sedap sangat..terasa manis ikan yang balance dengan masam limau tu..light je rasa dia antara masam, manis dan pedas2 hirisan cili padi tu..balance..ngam kat tekak!

Untuk kakak, aku order sup sayur. 



Kakak memang penggemar sup. Bagi jelah apa jenis sup..mesti dia layan…selain sup, kakak suka masak kicap. Hari-hari ini dua ajelah menu silih berganti.


Ini plak Ayam Goreng Nestum…first time order menu macam ni dari mana2 chinese restaurant yang pernah aku makan..dan menurut kata owner ni, this dish macam one of their specialty selain dari ikan stim tadi. Rasanya, memang sedap. Rangup garing nestum tu..meratah sedap ni. Aku order untuk si kakak, tapi last2 ibu dia ni yang banyak makan..canner tu?



Ini pulak Butter Prawn..rasa dia biasa saja..takdelah terlampau A pada anak tekak kami..
Yang ini Sotong Masak Asam Pedas..pekat juga kuah dia..sedap..




Kangkung Goreng Belacan..aku tak tahulah kenapa kalau g mana2 kedai cam gini, sayur2 hijau dieorang masak sure rasa macam fresh yang amat…rangup2 je bila makan..

Apa lagi makanan dah terhidang..takkan nak pandang aje kan..jomlah rakan taulan…terjah!!! Hehehehe.. Bismillah…


Nampak kesungguhan muka kakak tu? Suka sangat kerut dahi...makan je kak, ibu tak suruh fikir pun...chill skit.. ;-)



Haaaa...chill macam ibu ni..sengih aje 24 jam kannnn..itulah rahsia ku muda, barulah muuuddddaaa..ahaks!



Ok, sesiapa nak ke sini boleh call dulu nak buat tempahan meja. Ini alamat penuh:

Jalan Bercham Taman Sri Kurau, Taman Desa Kenchana, 31400 Ipoh, Perak.


Total cost untuk hidangan kami di atas ni, termasuklah 1 jug Jus Mangga, nasi putih dan air chinese tea yang sentiasa free flow.. adalah RM 168.00.

Biasanya makan kat tempat macam ni dia akan bagi tisu basah dalam packing tau. Silalah pakai ya, sebab dia memang dah charge siap2 dalam bil pun..

No comments:

Post a Comment

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)