Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Monday, March 7, 2016

Cuti-Cuti Pulau Langkawi 2015 Part 14: Tidur tepi laut @ Malibest Resort Langkawi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Ok..lega sangat aku bila cerita Pulau Langkawi ni dah sampai ke penghujung.... nak move on ngan citer lain plak..so buat ada yang tertanya-tanya *errr..adake yg tanya..hahhaha...* di mana kami stay sepanjang bercuti di Pulau Langkawi ni...inilah dia...


Kami memilih dua peningapan berbeza mengikut keperluan aturcara perjalanan sepanjang kami di sini. So dimulai dengan penginapan di Malibest Resort ini yang lokasinya sangat strategik iaitu di tepi Pantai Cenang. Sebabnya, sebab last time datang tak berpeluang stay tepi laut. Kali ini, Incik Daus bagi stay betul-betul mengadap laut sampaikan bila malam naik seram plak mendengar bunyi ombak tinggi. Pompuan..memang gitu..hahahha...

Kami sampai awal, jadi check in dahulu dan tinggalkan beg di dalam bilik khas yang disediakan sementara waktu asal check-in iaitu jam 3.00 p.m.


Penginapan di Malibest Resort ini terbahagi kepada tiga jenis iaitu bilik hotel, chalet dan juga chalet atas pokok.


Ini adalah senarai harga. Kami memilih Super Deluxe Wooden (Chalet) yang mengadap laut. Incik Daus dah booked sebulan awal dari tarikh check in sebab nak menunaikan permintaan isterinya yang tersayang ini..hahhaha... betul ke sayang...kih..kih...ayat kena power okay.. ;p

Inilah nama bilik kami....


Malibest Resort ni okay. cuma memang kena refurbish certain area pada pandangan aku. Chalet kami luas, boleh muat 4-5 orang aku rasa, janji ada bawa toto. Penginapan di sini tanpa sarapan, so oklah nak sumbat banyak orang pun kan...


Muka kakak yang paling excited. This vacation is for her at the first place. Hadiah sebab dapat result exam final yang baik dan juga sebab kakak dapat Anugerah Akhlak Cemerlang Keseluruhan untuk tadika dia...Alhamdulillah...


Muka suka hati kan...memang macam tu, kalau stay hotel..kakaklah yang akan merasmikan katil terlebih dahulu...beginalah cara kakak merasmikan katil...


Hahahhaha..nampak....lompat-lompat dan lompat! Risau aku patah spring katil ni sat gi..jenuh nak berjawab..kakak..kakak....


Inilah pemandangan dari chaler kami...dekat kan dengan laut...Subhanallah...

So meh aku bawa melawat chalet ni...dari segi kemudahan yang ada, biasa-biasa sahaja. Malibest Resort ni dikategorikan 'A' sebab paling hampir dengan laut...lain-lain xda apa sangat untuk aku shout-out...




Ok,.toilet dia ni yang aku nak bagi tau...bersih memang bersih. tapi air dia sangat slow..prssure dia slow sangat sampai aku yang jadi high pressure...hahaha... paling teruk di antara jam 7.00pm - 8.00 pm..memang bercinta..rasa macam nak pi terjun laut je..hahahha...



Itulah chalet kami, yang paling kanan... maka atas sebab itulah si kakak..kejap-kejap nak mandi laut..kejap-kejap nak mandi laut..laju je dia lari..mujurlah bapak dia dulu pelumba lari ...tapi sekarang bukan versi pecutla..versi lari sambil mengah mintak nafas...hahhaha...


This is the scenary that I missed so much... sunrise...


Awal pagi boleh jalan-jalan ambil udara segar tepi laut. Banyak tourist dah start routine berjogging...


Incik Daus..versi menikmati pemandangan...ape kless nak jogging..hahaha.. *dasar laki bini kurang rajin kan...*


Pada mulanya, kami plan nak stay chalet atas pokok ni....nampak x..unik kan...tapi adik yang jaga tu cakap, sebab kami ada bawa kanak-kanak, jadi macam kurang sesuai...


Best kan...mengadap laut dan tepi swimming pool...harga tak salah aku dalam RM 250 semalam bila peak season.


Ini bilik hotel yang aku maksudkan tu....


Memang dalam kawasan yang sama dan bersebelahan saja chalet dengan bangunan hotel...


Mai nak habaq...hahaha.,..ya..sepanjang kami di Langkawi ni, kami merempit okay. Lebih senang nak bergerak di kawasan berdekatan Pantai Cenang ni. Kawasan ni memang susah sangat nak parking.

Kalau anda memilih untuk menginap di Malibest Resort ni, driving kereta tak sesuai. Memang resort ni tepi jalan utama dan tak ada parking area untuk kereta. Jadinya kena parkinglah di tepi-tepi jalan. Kalau naik motor, boleh park tepi chalet. Kalau tak pun, ambiklah teksi. Tempat lain di sekitar Pantai Cenang ni can be reached dengan berjalan kaki.  Sebelum lupa, kadar sewa bagi sebuah motorsikal biasa adalah RM 45-RM 50 kalau peak season. Kalau musim biasa, dalam RM 30-RM 35 per day.


Kebanyakan yang memilih untuk menginap di kawasan Pantai Cenang ni bukan datang ke Pulau Langkawi dengan matlamat nak shopping..mostly sebab nak buat aktiviti yang berkaitan alam semulajadi atau untuk berehat. Bagi yang datang untuk shopping, better stay di Pekan Kuah.

Di Malibest Resort ni pun ada disediakan pelbagai perkhidmatan pelancongan bagi yang berminat.


Jangan keliru, resort ini memang dimiliki oleh De Baron, pemilik yang memiliki banyak aset lain di Pulau Langkawi ni... aku dapat tau ni dr temuramah aku dengan pakcik teksi masa on the way nak ke Pekan Kuah...hehhehehe... pengaruh kerjaya lama..kih..kih...

So ini details Malibest Resort okay...

Malibest Resort Pulau Langkawi
Pantai Cenang, Mukim Kedawang, 07000, Pulau Langkawi.

No Tel:+(604) 9558202 / +(604) 9558222

Babai Kengkawan sekalian... ;-)


No comments:

Post a Comment

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)